Rabu, 15 Ogos 2018

Ahmad Maslan Guna Mengata Orang
KUALA LUMPUR: Masyarakat transgender disaran menggunakan tandas orang kurang upaya (OKU) sebagai pilihan ketika berada di tempat awam sementara kerajaan berusaha mengatasi isu berkenaan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Fuziah Salleh, berkata saranan itu dilihat sebagai langkah bersesuaian ketika ini selepas mengambil kira keresahan dan pendapat masyarakat.
“Kerajaan berusaha menyelami dan memahami isu berkaitan transgender, termasuk fungsi institusi agama dalam menangani masalah ini, seterusnya memastikan mereka kembali kepada fitrah.

Selasa, 17 Julai 2018

Khairy Jamaluddin Keluar Barisan Nasional

Ini Jawab KJ "I'm Loyal To My Party"..

Saya juga minta maaf sebab tidak ikut konsensus tetapi apabila konsensus itu membuat keputusan yang tidak tepat, saya rasa kita perlu menghormati kepelbagaian dan pendirian.
Bukan saya seorang, Datuk Seri Anifah pun tak keluar Dewan juga. Kita buat keputusan berdasarkan apa yang kita rasa adalah pendirian yang betul terutama menunjukkan kepada rakyat bahawa kita boleh main peranan sebagai pembangkang yang berwibawa.

Jumaat, 29 Jun 2018

YB Mat Sabu Menyampaikan Khutbah Jumaat

IPOH - Jemaah di Surau Salahuddin Al-Ayubi, Batalion ke-23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Kem Gua Permai menerima kejutan apabila khutbah Jumaat hari ini dibacakan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu.
Menerusi khutbah Jumaat itu, Mohamad Sabu mengajak umat Islam supaya berani mengakui kesilapan dan sanggup lakukan pembetulan agar menjadi umat lebih mulia.